🖼️ Galeri Gambar
Upload gambar untuk digunakan dalam auto-reply. Gambar disimpan di cloud storage untuk loading pantas.
Akaun percuma boleh upload maksimum 100 gambar. Gambar disimpan di BunnyCDN untuk loading pantas di seluruh dunia.
Cara Upload Gambar
-
Pergi ke Galeri
Dashboard → Pilih Bot → Galeri -
Klik "Upload Gambar"
Atau drag & drop gambar ke area upload -
Pilih gambar dari komputer
Format: JPG, PNG, GIF, WebP -
Tunggu upload selesai
Gambar akan muncul dalam galeri
Keperluan Gambar
| Spesifikasi | Had |
|---|---|
| Saiz maksimum | 2 MB per gambar |
| Format disokong | JPG, JPEG, PNG, GIF, WebP |
| Dimensi disarankan | 800 x 600 pixels (landscape) atau 600 x 800 (portrait) |
| Bilangan maksimum | 100 gambar per akaun |
Guna Gambar dalam Auto-Reply
Selepas upload, gambar boleh digunakan dalam auto-reply:
-
Pergi ke Auto-Reply
Edit rule sedia ada atau cipta rule baru -
Di bahagian Gambar, klik "Pilih Gambar"
Gallery popup akan muncul -
Pilih gambar yang dikehendaki
Klik pada gambar untuk memilih -
Simpan rule
Gambar akan dihantar bersama mesej response
Contoh Penggunaan:
- 📦 Gambar produk untuk katalog
- 🏷️ Banner promosi untuk rule promo
- 📍 Gambar lokasi untuk rule alamat
- 📋 Carta saiz untuk rule bantuan
Urus Gambar
Preview
Klik pada gambar untuk lihat preview saiz penuh. Ini membantu memastikan kualiti gambar sesuai.
Salin URL
Salin URL gambar untuk digunakan di tempat lain. URL adalah kekal dan boleh dikongsi.
Padam
Padam gambar yang tidak diperlukan untuk bebaskan ruang storan. Gambar yang sedang digunakan tidak boleh dipadam.
Penggunaan
Lihat berapa banyak rules yang menggunakan gambar tersebut. Membantu kenal pasti gambar yang tidak digunakan.
Tips Penggunaan
Gunakan Gambar Berkualiti
Gambar jelas dan berkualiti tinggi memberi impresi profesional kepada pelanggan.
Compress Sebelum Upload
Gambar yang dicompress load lebih cepat dan tidak mengganggu pengalaman chat.
Nama Fail Bermakna
Walaupun sistem akan rename, nama asal membantu anda kenal pasti gambar dalam gallery.
Elak Gambar Sensitif
Jangan upload gambar yang mengandungi maklumat peribadi atau sensitif.
Storan CDN
Semua gambar disimpan di BunnyCDN - rangkaian CDN global dengan 100+ lokasi server. Ini memastikan gambar anda load dengan pantas untuk pelawat dari mana-mana sahaja.